Quantcast
Channel: Baju Menyusu Muslimah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 126

Harga tempahan dan Jenis bukaan baju menyusu

$
0
0
Berikut harga asas bagi tempahan baju menyusu 2014 :


Untuk aksesori tambahan adalah seperti berikut:























Kain lycra plain untuk inner - RM6

Harga keseluruhan bergantung pada perincian desain dan akan dimaklumkan melalui perbincangan di email --> nikhabiz@gmail.com

Jenis Bukaan Menyusu

Type 1 :
  • Bukaan dari hadapan
  • Mempunyai lapisan dalam (inner) pada bahagian hadapan sahaja dan dijahit terus pada baju bagi memudahkan pemakaian.



Type 2 :
  • Bukaan di kiri dan kanan (bersebelahan payudara)
  • Tiada lapisan dalam (inner)

 
Type 3 :

  • Bukaan dari hadapan
  • Lapisan dalam (inner) dijahit bersama dengan baju, bagi memudahkan pemakaian
  • Perbezannya dengan bukaan Type 1 adalah pada posisi slot menyusu/bukaan menyusu tersebut iaitu di atas payudara
  • Sesuai untuk fabrik yang tidak stretchable (elastik).




Type 4 :
  • Bukaan dari hadapan
  • Lapisan dalam (inner) jenis stretchable yang hanya dijahit ke baju pada bahagian sisi dan atasnya sahaja.
  • Bahagian bawah inner tidak melekap pada baju (tidak dijahit)
  • Untuk menyusu, ibu-ibu perlu menyingkap inner ini ke atas dari bahagian bawahnya.
  • Hanya sesuai sekiranya inner dari fabrik jenis stretchable seperti lycra.
Leher untuk baju ini adalah U labuh

Leher untuk baju ini adalah V labuh

Type 5 :
  • Bukaan secara terus 
  • Tiada lapisan dalam (inner). 
  • Mempunyai zip/butang tersembunyi 




Untuk Kurung Pesak dan Kurung Pahang, zip/butang tersembunyi akan dijahit pada pesak baju di kiri dan kanan, bermula dari bawah ketiak (lebih kurang 5-8 inci) mengikut kesesuaian.
 
Untuk Kurung Moden atau Jubah Princess Cut pula, kami akan menjahit zip/butang tersembunyi pada potongan khas pada payudara bagi membolehkan bukaan menyusu secara terus di sisi atau di atas payudara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 126